Monday, 27 October 2025

NAMA BINATANG DIEJA HANYA DUA HURUF

 
Teka teki nama binatang apa yang dieja hanya ada dua huruf? Apa jawapan anda?

Biasanya orang akan memberi jawapan "yu" iaitu ikan yu. Ada juga orang menjawab "lala" iaitu sejenis kerang.  

Kedua-dua jawapan itu adalah dianggap salah biarpun hakikatnya adalah betul.
 
Jawapan teka-teki memang tidak berpaksikan kepada lojik semata-mata. Jadi, jangan pertikaikan jawapan yang betul itu dianggap salah. Ini kerana ada jawapan lain yang dikehendaki.
 
Jawapan yang betul adalah "udang". Mengapa "udang" dianggap jawapan betul sedangkan terdapat lima huruf iaith "u", "d", "a", "n" dan "g".
 
Jawapan "udang" menjadi pilihan kerana huruf "u" dan "g". Teka-teki ini bermain dengan perkataan "udang" yang merujuk kepada huruf pertamanya "u" dan huruf terakhirnya "g". Huruf "dan" yang terdapat dalam perkataan "udang" dianggap sebagai "dan". 
 
Jadi perkataan "udang" hanya dianggap mempunyai dua huruf iaitu "u" dan "g".

No comments:

Post a Comment