Taman Tema Air antara daya tarikan di Taman Pertanian Negeri
Sekayu, Hulu Terengganu. Ia menjadi antara lokasi pelancongan agrotourism yang terkenal
di Terengganu.
Banyak aktiviti menarik ditawarkan di sini antaranya taman
tema air, ladang buah-buahan, tapak perkhemahan, asrama penginapan untuk
program kem atau kursus, ladang lebah kelulut, kandang ternakan, aktiviti air
dan banyak lagi.
Menariknya kerana taman tema air di sini bersumber terus
dari air bukit yang mengalir jernih dan sejuk.
Banjir besar yang melanda tahun 2022, serangan gajah liar
dan fenomena kepala air telah menjejaskan banyak infrastruktur yang telah
mengubah kecerian menjadi kesuraman.
Sejak tahun 2024, kerajaan Terengganu telah memperuntukan
kira-kira RM2 juta bagi kerja-kerja pemulihan secara berperingkat.
Jabatan-Jabatan Kerajaan di Hulu Terengganu seperti Pejabat
Daerah, JKR, Majlis Daerah, Jabatan Perhutanan dan Pejabat ADUN Telemong
membantu Jabatan Pertanian untuk menjadi jabatan angkat bagi sama-sama
menyumbang untuk mengembalikan kecerian Taman Pertanian Sekayu seterusnya
menggamit semula kehadiran pengunjung.
No comments:
Post a Comment