Untuk menyokong industri pelancongan dan
menjana ekonomi negara, rakyat disaran mengutamakan melancongan di dalam
negara. Namun, para pelancong tempatan lebih memilih untuk kunjungi destinasi
negara jiran, apabila dianggarkan 60% penduduk negara melancong ke Thailand
berbanding lokasi peranginan tempatan.
Mengikut pemerhatian Persatuan Pelancongan
Langkawi (LTA), destinasi peranginan tersebut kini berdepan penyusutan
kedatangan pelancong, khususnya pelancong domestik.
Apabila merundum sehingga 48.9% bagi tempoh
cuti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Perbandingan ini dijalankan mengikut data
antara 2019 dan 2022.
Berdasarkan laporan juga, pelancongan
Langkawi berdepan kerugian sekitar RM5.7 juta hasil penyusutan pelancong
domestik tersebut.
Penurunan kedatangan pelancong secara tidak
langsung memberi kesan kepada ekonomi pelancongan setempat.
Di mana aktiviti penginapan juga turut
alami kemerosotan dengan penurunan 45% pada kadar tempahan di perhotelan
Langkawi.
Meskipun khuatir akan penyusutan
sedemikian, pihak pelancongan Langkawi tidak menolak kemungkinan bahawa
penurunan ini didorong atas masalah ekonomi semasa merangkumi isu promosi,
pengangkutan feri, tekanan peningkatan kos serta kejatuhan nilai ringgit.
No comments:
Post a Comment