Siput sedut ada banyak jenis. Ia berbeza mengikut
rupa bentuk dan nama panggilan di kawasan tertentu. Apapun nama dan bentuknya,
siput sedut ada penggemar yang menjadikan makanan yang cukup istimewa. Hidangan
yang paling biasa bagi siput sedut ialah masak lemak cili api.
Siput sedut banyak hidup di kawasan sungai
berlumpur atau berselut. Banyak lumpur
dan selut akan melekat pada cangkerangnya. Jadi, sebelum dimasak, proses pembersihan
teliti amat penting.
Hampas
kelapa dan buah limau boleh membersihkan siput sedut. Kaedah yang betul
mengelakkan sajian berbau. Berikut kaedah boleh diikuti:
-
Masukkan siput sedut yang telah dibilas dengan air ke dalam sebuah bekas.
Selepas itu masukkan hampas kelapa.
- Gaul
hampas kelapa pada siput sehingga rata dan meliputi ke semua siput tadi. Biar
semalaman. Boleh juga dibiarkan selama dua jam. Basuh siput tadi sehingga
bersih dan sedia untuk dipotong. Ia akan menghilangkan bau lumpur.
- Jika
anda membeli sehari sebelum dimasak, letak siput sedut dalam baldi. Kemudian
taburkan hampas kelapa. Pastikan permukaan baldi ditutup dengan tapis dan
tindih dengan benda berat seperti lesung batu untuk mengelakkan siput keluar
merayap.
- Cara
lain untuk membersihkan siput sedut adalah dengan merendam siput di dalam air
hirisan limau atau lemon yang telah ditambah garam. Rendam dalam masa 10 minit.
Selepas itu bilas dengan air paip.
No comments:
Post a Comment