Thursday, 25 August 2022

BERONGAN LEBIH BESAR BERBANDING SIPUT SEDUT

 
Siput berongan atau juga dikenali dengan nama kelorak dan rodong adalah sejenis hidupan yang hidup di kawasan paya bakau. Ia mudah didapati ketika air surut. Isi berongan boleh dimakan sepertimana isi jenis siput lain yang turut mendiami kasawan paya bakau. 

Saiz berongan berkali ganda lebih besar daripada siput sedut. Untuk mendapatkan isinya kena dipotong bahagian hujung cengkerang yang mengandungi bahagian perutnya, kemudian barulah mudah mengambilnya isinya yang terletak di pangkal cengkerang yang besar. Isinya berwarna hijau tua dan putih. Sangat sedap digoreng atau ditumis. 

Isi siput berongan juga boleh dimakan dengan cara membakar bersekali dengan cengkerangnya. Apabila nampak isinya telah cukup masak dan garing, boleh ditarik keluar isinya dan dimakan. 


No comments:

Post a Comment