Di Kelantan, bubur asyura dipanggil suro. Suro Kelantan bukan dalam bentuk bubur. Apabila masak, suro Kelantan akan membeku atau mengeras. ia tidak kekal sebagai bubur atau ada cecair.
Proses memasak suro Kelantan mengambil masa
yang lama. Lebih kurang enam hingga lapan jam. Memang memerlukan banyak tenaga
untuk mengacau suro. Selain perlu mengacau secara berterusan sepanjang tempoh
masa memasak, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah menjaga tahap
kepanasan api.
Pada masa dahulu, sumber api daripada kayu
api. Untuk menghidupkan api sekata dan berterusan memerlukan pengawasan rapi
dengan memasukkan kayu secukupnya. Kandang-kadang api akan padam atau sekadar
nyalaan kecil sahaja. Pada ketika lain pula api terlalu marak sehingga terpaksa
dibuang separuh agar tidak terlalu panas sehingga berkerak atau hangit.
Pada masa dahulu, tempak memasak suro
menggunakan kawah besar yang diletakkan di atas rokmo yang dibuat dengan
menggali lubang di bahagian tanah. Pembinaan rokmo bagi memasti kedudukan
kedudukan kawah sama paras di atas tanah dan api dapat memanas secara lebih
maksima, selain kesan panasnya tidak terus kepada individu yang mengacau suro.
Segala kesukaran dan cabaran memasak suro
sekarang ini seakan menjadi semakin mudah apabila menggunakan dapur memasak
gas. Penggunaan penunu gas bukan sahaja memudahkan kawalan api, tetapi juga
tempat memasak juga boleh dibuat di kawasan bersimen, bertar, tanah, pasir dan
sebagainya dengan mudah.
Proses memasak boleh dilakukan di bawah
bangsal, tempat kereta rumah bahkan dalam kawasan dewan.
Penggunaan penunu gas memang banyak
kelebihan. Besar kecil api boleh dikawal dengan mudah. Jadi, tidak perlu ‘jong
api’ yang tugasnya memastikan api sentiasa menyala mengikut kadar yang
diperlukan.
Penggunaan penunu gas adalah cara mudah
untuk memasak suro.
No comments:
Post a Comment