Apabila ada pemimpin berbangsa Cina berkopiah
dan bersongkok, lalu dikatakan untuk mengambil hati pengundi Melayu. Itu sandiwara
semata-mata. Satu penipuan untuk menarik undi Melayu.
Memanglah tindakan tersebut untuk menarik
undi Melayu. Apa salahnya? Sepatutnya, orang Melayu perlu bijak membuat
penilaian sendiri.
Kalau setakat berkopiah dan bersongkok
telah berjaya menarik undi Melayu, ternyata orang Melayu mudah digoda dan
ditipu.
Agaknya itulah sebabnya mengapa ada
pemimpin Melayu sering berkopiah dan bersongkok ketika berada di hadapan
rakyat, tetapi kopiahnya hilang entah ke mana apabila berada di luar negara.
Melayu mudah ditipu dengan kopiah dan
jubah. Berkopiah dan berjubah, maka baik dan hebat pemimpin itu. Suci dan alim
dalam semua perkara.
Sebab itu, apabila ada pemimpin yang selama
ini tidak berkopiah dan bersongkok (kecuali ketika bersembahyang atau acara
keagamaan) akan terus memakain kopiah dan jubah apabila menyertai parti yang
didakwa memperjuangkan Islam. Dia sudah suci dan alim dengan hanya berkopiah
dan berjubah.
Berfikirlah dengan bijak dan matang. Buat
pilihan dengan akal yang rasional. Jangan tertipu dengan jubah, songkok dan kopiah.
Anggaplah seperti kata pepatah, masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Pepatah itu
mengingatkan kita agar menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar.
Kalau orang Cina berkopiah ketika menemui
pengundi Melayu, maka anggaplah pemimpin itu cuba untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran. Tetapi, orang Melayu sendiri pula perlu membuat penilaian
bukan semata-mata kerana cara berpakaian itu dalam memberi undi.
Perkara yang sama juga jika melihat
pemimpin Melayu berkopiah dan berjubah, itu bukan bukti “mutlak” dia alim, baik
dan jujur. Berhati-hati dengan penyamaran dan sikap munafik dalam soal berpakaian.
No comments:
Post a Comment