Dalam
mazahab memang wujud unsur liberal, tetapi bukan fahaman liberal seperti yang
menyerang pemikiran sesetengah umat Islam sekarang.
Liberal
dalam mazahab wujud dalam soal cabang atau terdapat khilaf mengenai sesuatu
hukum. Kalau sudah jelas hukumnya, tidak ada lagi liberal atau tolak ansur
mengenainya.
Contohnya tidak boleh berkahwin sesama jantina dan kedudukan lelaki sebagai
ketua keluarga seperti yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan hadis, maka itu
tidak boleh diliberalkan.
Contohnya
ulama tidak pernah berselisih pendapat mengenai haram berkahwin sesama jantina
seperti yang diperjuangkan oleh golongan liberal sekarang.
Golongan
liberal mencari dan mentafsir ayat al-Quran untuk kepentingan mereka. Contoh
Prof. Dr. Siti Musdah Mulia, yang menjadi tokoh liberal di Indonesia, pernah
mendakwa para sarjana Muslim moderat (pengamal fahaman liberal) berpendapat,
bahawa tidak ada alasan untuk menolak homoseksual.
Dan bahawasanya mereka mendakwa kritikan terhadap homoseksual atau
homoseksualiti oleh kalangan ulama arus perdana dan kalangan Muslim lainnya
hanyalah dibuat berdasarkan penafsiran sempit terhadap ajaran Islam.
Dengan
merujuk ayat al-Quran surah Hujurat 49 ayat 3, Musdah menyatakan, bahawa salah
satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah
sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi
seksual.
Musdah
Mulia berkata, “Tidak ada perbezaan di antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam
pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.”
Itulah
antara contoh yang cukup dangkal dan menyesatkan telah dilakukan oleh penganut
fahaman liberal. Mereka melakukan perkara itu semata-mata untuk mewujudkan hak
persamaan.
No comments:
Post a Comment