Madrasah
Tahfiz al-Quran Wassunah (Tahfiz Anak Yatim dan Asnaf) Kampung Wakaf Tok Kasim,
Sabak, Pengkalan Chepa bermula dengan sebuah bangsal kayu kecik uzur sedia ada
yang dijadikan tempat belajar, tempat tidur, masak dan lain-lain. Kemudian
ditembah kemudahan yang ada sehinga menjadi seperti apa yang ada hari ini.
Semuanya hasil sumbangan derma orang ramai.
Pun
begitu, masih banyak lagi perlu bantuan derma orang ramai. Antaranya untuk menyiapkan
asrama pelajar yang masih dalam pembinaan. Selain itu surau tempat solat dan
belajar pun masih belum siap sepenuhnya lagi.
Buat
masa sekarang, jumlah penghuni hanya 13 pelajar sahaja yang terdiri dari anak
yatim dan miskin. Mereka tinggal di sini, belajar, makan minum semuanya
percuma.
Jika
ada kemudahan tambahan yang sesuai, penghuninya akan ditambah. Di luar sana banyak
lagi anak yatim dan miskin boleh diambil letak di tahfiz.
Sebarang
pertanyaan boleh hubungi Babo Mie 0199091600
No comments:
Post a Comment