Monday 16 May 2022

KESAN KENA DIGIGIT TUNGAU

 
Tungau adalah sejenis kutu yang halus yang selalunya terdapat pada ayam atau pada kera. Biarpun biasa terdapat pada haiwan, tungau jika berada pada badan manusia akan menggigit bahagian kulit yang menyebabkan rasa gatal, sakit, bengkak dan benjolan seakan gigitan serangga.

Ramai orang yang mungkin salah sangka dengan menyatakan tungau adalah sejenis serangga sedangkan ia adalah termasuk dalam keluarga haiwan araknid.

Ini bermakna ia bukanlah seekor serangga. Untuk pengetahuan anda, tungau merupakan sejenis haiwan kecil berwarna oren dan berkaki lapan seperti labah-labah.

Haiwan kecil ini berhabitat di kawasan berumput tebal lagi tinggi seperti di semak dan lalang serta biasa menggigit manusia terutamanya di kawasan alat sulit.

Anda perlu tahu bahawa hanya bayi tungau yang akan menggigit manusia atau haiwan lain kerana mereka memerlukan sel kulit tersebut sebagai sumber makanan.

Terdapat pepatah ‘berhati tungau’ yang bermaksud penakut atau pengecut.

Manakala peribahasa “mati ayam, mati tungaunya” yang bermaksud apabila tuannya atau ketuanya mendapat kecelakaan anak buahnya turut marasaninya juga.

Maksud lain peribahasa tersebut ialah hal dua orang yang sangat berkasih-kasihan (mati satu mati kedua-duanya).

No comments:

Post a Comment