Wednesday 11 May 2022

MELIHAT KELIP-KELIP DI KAMPUNG DEW

 
Kelip-kelip adalah sejenis serangga yang mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip atau juga dikenali kunang-kunang. Habitat kelip-kelip biasanya di kawasan yang terdapat pokok bakau dan pokok berembang.

Antara lokasi terdapat kelip-kelip ialah Kampung Dew yang terletak di Simpang Empat Semanggol, Perak. Kawasan paya bakau di pinggir Sungai Sepetang menjadi tempat tinggal kelip-kelip.

Terdapat jeti khas disediakan untuk pengunjung menaiki bot yang disediakan dan seterusnya menuju ke tempat di mana terdapat banyak kunang-kunang. Aktiviti melihat kunang-kunang dilakukan pada waktu malam sekitar pukul 10 malam.

Menurut sejarah nama Kampung Dew diambil daripada nama seorang Inggeris iaitu J. Dew iaitu orang pertama meneroka dan membuka ladang getah di Kampung Dew sebelum tahun 1884.

Selepas itu, ramai orang melayu daripada Kedah menetap dan menjadi penduduk Kampung Dew. Kebanyakan pekerja ladang ialah berbangsa India, kini ladang tersebut dikenali Selinsing Estate.

Oleh kerana pekerja ladang majoritinya India, sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil didirikan di kawasan ladang tersebut.

Kredit gambar: FB Mohamad Zawahir Tarif

No comments:

Post a Comment