Friday 20 May 2022

CARA MEMBUAT TAPAI PULUT DAUN GETAH

 
Cara buat tapai pulut tidak sukar seperti difikirkan. Kos membuatnya juga murah. Namun, mengambil masa yang lama sebelum boleh dimakan kerana perlu melalui proses peram untuk melayakkan ia menjadi tapai. 

Proses peram selama dua hari dan kemudian perlu dibuka untuk mengelak jadi 'lebu' atau lembik berair.

Perkara sama dilakukan untuk membuat tapai jenis lain seperti tapai ubi kayu dan jenis-jenis tapai lain.

Cara buat tapai pulut:
- Masak pulut terlebih dahulu.
- Selepas pulut siap dimasak, ratakan di atas dulang.
- Tunggu pulut sehingga betul-betul sejuk.
- Setelah sejuk, ayakkan (tabur) ragi di serata permukaan pulut.
- Pastikan guna ragi (yang telah dihancurkan) dalam keadaan betul-betul kering kering
- Selepas rata, bungkus pulut tersebut di dalam daun getah.
- Pulut yang telah dibungkus diletakkan di dalam bekas.
- Tutup bekas dengan kain dan dibiarkan selama dua hari.
- Sepanjang tempoh dua hari, jangan buka bekas itu.
- Jika dibuka awal, kemungkinan tapai pulut tidak akan 'masak' sekata walaupun ditutup kembali.
- Pulut tapai yang telah masak rasanya manis dan sedikit berair.
- Pulut tapai boleh dimakan terus atau dicampur dengan ais mesin (sebahagian bahan air batu campur).

Catatan: Selain daun getah boleh digantikan dengan daun pisang, plastik atau bekas lain yang sesuai (boleh memanaskan atau peram pulut).

No comments:

Post a Comment