Saturday 28 May 2022

APA DILIHAT BUKAN GAMBARAN KESELURUHAN

Melihat pada gambar, tentu banyak yang menduga ia gulai dalca bendi semata-mata. Itulah yang kita dapat lihat. Hakikatnya, di bawahnya ada gulai ikan yang sedap, bahkan menjadi tarikan kepada menu tersebut.

Namun, kalau sedar menjenguk ke dalam periuk sahaja, kepada yang tidak minat dengan bendi sudah pasti tidak akan mengambilnya untuk dimakan dengan bendi, sedangkan di bawahnya juga ada ikan.

Jadi, dalam menilai sesuatu, jangan sekali-kali hanya menilai apa yang dilihat luaran semata-mata. Carilah faktor lain yang lain yang sebenarnya lebih bernilai. Jangan mudah tertipu dengan apa yang dilihat. Teroka secara lebih mendalam untuk mengetahui apa yang sebenar.

No comments:

Post a Comment