Thursday 2 June 2022

TAHFIZ RAUDHATUL EHSAN KAMPUNG PASIR KASAR

 
Untuk membela dan membantu anak yatim dan anak orang miskin, satu institusi yang dikenali Tahfiz Raudhatul Ehsan (Anak Yatim @ Anak Orang Miskin) telah ditubuhkan oleh sekumpulan individu yang prihatin nasib golongan berkenaan.

Thafiz tersebut kini beroperasi di bangunan sementara yang disediakan oleh individu prihatin. Pihak pengurusan kini sedang giat membina bangunan kekal untuk kemudahan dan keselesaan penghuninya.

Bangunan kekal itu dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan seorang berhati murni di Lot 3334 Kampung Pasir Kasar, Sering, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Sumbangan daripada orang awam amat-amat diperlukan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi jawatankuasa seperti di gambar.



No comments:

Post a Comment