Orang
kuat berangan dipanggil Mat Jenin. Timbul rasa malu jika dipanggil
Mat Jenin, melambangkan sekadar kuat berangan-angan yang tidak dapat
ditunaikan. Peribahasa 'angan-angan Mat Jenin' diambil dari kisah
penglipurlara bertajuk Mat Jenin.
Kisah
Mat Jenin popular dalam masyarakat Melayu diceritakan turun temurun secara
lisan dan bertulis sebagai warisan bangsa.
Kisah Mat Jenin kuat berangan-angan diceritakan pelbagai versi, tetapi semuanya
berkisar kepada kisah seorang anak muda bernama Mat Jenin yang kuat
berangan-angan.
Pengakhiran
kisah hidupnya ditamatkan dengan kematiannya akibat kuat berangan-angan.
Tetapi
siapakah Mat Jenin sebenarnya? Benarkah wujud seorang bernama Mat Jenin dalam
masyarakat Melayu di negara kita pada zaman dulu? Di kalangan pengkaji sejarah,
mereka menolak kewujudan seorang bernama Mat Jenin.
Malah
cerita itu dianggap cerita saduran yang turut menjadi cerita di negara-negara
lain menggunakan nama dan plot cerita berlainan, tetapi tetap
berlatarbelakangkan kisah kuat berangan-angan tidak menjadi kenyataan.
Cerita
penglipurlara memang memberi keseronakan dan pengajaran kepada pendengar atau
pembaca. Justeru, cerita itu terus mendapat tempat dalam masyarakat walaupun berdepan
dengan medium hiburan lain khususnya televisyen dan gejet telekomunikasi.
No comments:
Post a Comment