Sunday, 19 April 2026

MANGGA KERING MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI

 
Pasaran mangga kering global dinilai sekitar USD 2.8 bilion (RM 12 bilion) pada tahun 2025. Dijangka akan terus meningkat kepada USD 5 bilion pada beberapa tahun akan datang.

Mangga kering pada awalnya dihasilkan akibat lambakan buah mangga di pasaran sehingga buah rosak dan merugikan penanam. Jadi, petani mula menghasilkan mangga kering yang boleh disimpan lama dan tidak perlu tergesa-gesa untuk dipasarkan.  

Mangga kering yang berada di pasaran Malaysia biasanya diimport dari tiga negara utama iaitu China, India, dan Thailand.

Kebanyakan mangga kering dipasarkan di Malaysia diimport secara pukau dan dibingkus semula dengan nama tempatan.

Pengguna perlu berhati-hati memilih mangga kering agar mendapat yang terbaik dari segi kualiti dan kesihatan. Terdapat pengeluar yang menambah bahan seperti pewarna tiruan, bahan pengawet seperti sulfur dioksida, serta kandungan gula yang tinggi. Gabungan bahan ini boleh mendatangkan risiko terhadap kesihatan.

Mangga kering dari India dihasilkan secara “sun dried”, iaitu dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Kaedah ini lebih semula jadi dan hasilnya tidak semanis produk dari China atau Thailand. Walau bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan aspek kebersihan dalam proses pengeringan ini.

Diharap penggemar mangga kering boleh membuat pilihan bijak agar tidak terjebak dengan makanan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Sedap tidak semestinya baik.

Petani di Malaysia boleh menghasilkan sendiri mangga kering yang berkualiti dan sihat.

No comments:

Post a Comment