Dalam pelayaran di lautan luas, macam-macam
perkara boleh terjadi, termsuklah kemungkinan kapal akan karam. Dalam hal ini,
kapten akan mengambil tanggungjawab untuk memastikan kapal tidak akan karam dan
terus belayar sehingga sampai di destinasi.
Ketika keadaan kapal semakin berdepan
kemungkinan akam karam, kapten akan mengarahkan anak-anak kapal untuk berpindah
ke bot penyelamat yang biasanya dibawa sepanjang pelayaran.
Kapten biasanya individu paling akhir akan
berpindah atau menaiki bot penyelamat atau kapal lain yang berada berhampiran.
Dia akan pastikan semua anak kapal telah meninggalkan kapal, sebelum dia
sendiri akan meninggalkan kapal.
Namun, agak berlainan dengan situasi
politik. Analogi bagaimana keadaan cemas dalam pelayaran sebelum kapal karam
tidak sesuai digunakan untuk situasi politik.
Banyak pemimpin dan ahli politik akan
segera meinggalkan parti apabila parti mengalami cabaran. Mereka cepat-cepat
meningalkan parti sama ada berpindah kepada parti yang sedia ada atau
menubuhkan parti lain.
Kalau setakat meninggalkan parti, itu tidak
begitu dikesalkan sangat. Tetapi, ada di kalangan mereka berusaha untuk memusnahkan
parti agar terus berkubur. Mereka sudah menjadi parti lain yang diyakini lebih
kuat dan memberi kebaikan kepada mereka.
Mereka sedaya upaya untuk merosakkan parti
yang pernah menaikkan dirinya sebagai pemimpin dan memberi kekayaan yang cukup
banyak. Menggunakan kekayaan yang dikumpulkan melalui parti sebelumnya, dia
berusaha menghancurkan parti yang ditinggalkan.
Jika ada usaha dilakukan oleh kapten dan
anak-anak kapal yang masih setia berada di atas kapal, maka dituduh dengan
pelbagai tomohan dan kata nista. Mereka kononnya bertindak untuk menyelamatkan
parti, tetapi meninggalkan parti.
Itulah manusia munafik yang bermuka-muka.
Kononnya sayang pada parti asal, tetapi kini sudah bersama parti baharu.
Sudahlah bertukar parti, terus pula menyerang dan memburukj-burukkan pemimpin
dan parti asalhnya.
Wajib tolak pemimpin yang bersikap
sedemikian. Kekal menyokong pemimpin dan parti yang masih kekal meneruskan
perjuangan demi untuk agama, bangsa dan negara.
Kapalnya yang sedang karam, tiba-tiba masih
memilih kelasi kapal mana yang dibenarkan menyelamatkannya. Kapalnya karam tak
mengapa, asalkan dia seorang selamat.
No comments:
Post a Comment