Wednesday 3 July 2024

BSMM KOTA BHARU SAMPAIKAN SUMBANGAN

 
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Kota Bharu yang diwakili lima orang sukarelawan terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Aman, Jalan Belakang Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu.
 
Kejadian yang berlaku awal pagi Jumaat itu membakar hangus keseluruhan rumah pesara Pustaka Aman Press, Rosli Mamat  Dia yang kini mengusahakan perniagaan santan turut kehilangan sumber mata pencarian keluarganya.
 
Sumbangan kepada keluarga tersebut diharapkan sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung akibat musibah yang berlaku. .

No comments:

Post a Comment