Bangunan Guna Sama Persekutuan Kota Bharu di
Tunjong yang dalam proses pembinaan bakal menggantikan Wisma Persekutuan di
Kota Bharu sebaik siap dibina.
Projek pembinaan bangunan yang menelan
perbelanjaan sebanyak RM470 juta itu bermula pada Jun 2020 dan dijangka siap
pada Julai 2024. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Bangunan ini nanti akan mempunyai empat
blok pejabat dengan ketinggian lapan tingkat dilengkapi auditorium, dewan serba
guna, surau, medan selera, tadika dan taska, blok pengawal serta kira-kira
2,000 lot tempat letak kereta bertingkat.
No comments:
Post a Comment