Roti canai ada macam-macam nama yang
membezakan cara pembuatan, rupa bentuk dan bahan yang dicampurkan.
Salah satu menu jenis roti canai ialah roti
canai sarang burung. Jenis roti canai sarang burung antara yang paling mendapat
sambutan di Warung Dridel Tepi Sungai, Kota Bharu.
Sebenar di warung yang terletak di tepi
Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja berhampiran dangan Padang Merdeka
ini turut menyediakan 39 jenis roti canai dan roti bakar, selain nasi dan
masakan panas lain.
Jadi, sesiapa yang ingin menikmati pelbagai
jenis roti canai dan roti bakar, boleh berkunjung di Warung Dridel Tepi Sungai.
Nikmati hidangan sembil menghayati suasana pemandangan Sungai Kelantan.
No comments:
Post a Comment