Nihilisme adalah sebuah pandangan falsafah
yang sering dihubungkan dengan Friedrich Nietzche (mati 1900), seorang
warganegara Jerman.
Fahaman Nihilisme mengatakan bahawa dunia ini dan kehidupannya tidak mempunyai
apa-apa makna. Maka, manusia boleh melakukan apa diingini tanpa terikat
dengan sistem moral dan undang-undang.
Memandangkan golongan Nihilisme melihat
dunia ini 'tiada' apa-apa, maka mereka menolak wujudnya pencipta, tidak ada
panduan agama atau peradaban yang perlu dipatuhi, hidup adalah seperti mana
yang dikehendaki. Lalu, mereka bebas untuk melakukan apa saja mengikut kehendak
hati atau bersesuaian dengan keadaan semasa.
Mereka juga beranggapan, jika ada pihak
yang mengatakan adanya nilai moral yang perlu dipatuhi atau diikuti, maka itu adalah
abstrak. Perkara yang kabur dan boleh berubah-ubah. Ini berdasarkan keyakinan
bahawa setiap perkara yang diketahui atau ingin dilakukan tidak bertentangan
dengan apa yang sedia ada.
Dengan kata lain, golongan ini tidak
sekali-kali menerima pandangan pihak lain, kerana merasakan apa yang dilakukan
itu sebenarnya telah sama atau mengikuti apa yang pihak lain inginkan,
sedangkan hakikat sebenarnya ia adalah bertentangan sama sekali.
Istilah nihilisme pertama kali dicetuskan
oleh Ivan Turgenev dan diperkembangkan ke dalam dunia falsafah oleh Friedrich
Heinrich Jacobi (1743-1819).
Fahaman ini juga sama dengan amalan
dipelopori Niccalo Machiavelli (1469-1527) iaitu matlamat boleh menghalalkan
cara.
Kaedah matlamat menghalalkan cara kerap
dikaitkan dengan cetusan oleh Machiavelli di dalam karyanya mengenai
pentadbiran negara, 'The Prince', bahawa kesesuaian sepatutnya menjadi asas
suatu tindakan.
Ini dapat dilihat dari ungkapannya, “dalam
tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang
ingin dicapai). Jadi biarlah seorang raja mendapat kemenangan dan
mempertahankan negaranya, maka semua kaedah yang diambilnya akan sentiasa
dianggap berbaloi." Inilah kaedah digunakan mereka yang melatakkan
matlamat menghalalkan cara.
Secara ringkasnya, kaedah ini bermaksud,
seseorang itu boleh melakukan apa sahaja atau mengambil apa jua cara (walaupun
salah) demi untuk mencapai matlamat atau tujuannya. Ini adalah kerana yang
penting atau yang diambil kira ialah matlamat, yakni tercapainya matlamat,
walau dengan apa cara sekalipun.
No comments:
Post a Comment