Sikap letak sampah atas bumbung, bonet atau
bahagian belakang kereta satu amalan mementingkan diri sendiri. Biasanya
plastik sampah itu akan terjatuh sebelum tiba di tempat membuang sampah. Plastik sampah pecah dan menyebabkan sampah
bertaburan di jalan raya. Memang menjijikkan.
Amalan atau perbuatan tersebut biasa
dilihat di Kelantan. Penduduk akan meletakkan plastik sampah di atas bumbung,
bonet atau bahagian belakang kereta kerana hendak mengelak bau busuk sampah
yang dibawa jika diletakkan di bahagian simpan barang atau di dalam kereta.
Cara itu dilakukan kerana jarak rumah
dengan tong sampah biasanya jauh, sempat bau buruk sampah meresap di dalam
kereta. Sampah yang hendak dibuang biasanya telah berbau busuk.
Sampah yang hendak dibuang perlulah
diletakkan di bahagian simpan barang untuk mengelak ia terjatuh jika diletakkan
di atas bumbung, bonet atau bahagian belakang kereta.
Buanglah sampah sebelum ia bertukar menjadi
busuk. Jadi, tidak timbul masalah bau busuk akan meresap di dalam kereta. Untuk
mengelak bau busuk keluar, boleh juga dengan cara menggunakan plastik tebal
yang tidak mudah koyak.
Jangan pentingkan diri dan untuk kemudahan
sendiri, sedangkan jika plastik sampah terjatuh, ia akan mencemarkan jalan raya
atau kawasan di mana plastik itu terjatuh.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu
memainkan peranan untuk mengelak amalan buruk itu ialah dengan cara meletakkan
lebih banyak tong sampah berhampiran dengan tempat tinggal penduduk. Penduduk
boleh membuang sampah lebih kerap dan mudah.
No comments:
Post a Comment