Friday 28 January 2022

CERITA MAT JENIN UBAH SUAI CERITA LUAR NEGARA

 
Orang kuat berangan dipanggil Mat Jenin. Timbul rasa malu jika dipanggil Mat Jenin, melambangkan sekadar kuat berangan-angan yang tidak dapat ditunaikan. Peribahasa 'angan-angan Mat Jenin' diambil dari kisah penglipurlara bertajuk Mat Jenin. 

Kisah Mat Jenin popular dalam masyarakat Melayu diceritakan turun temurun secara lisan dan bertulis sebagai warisan bangsa.

Kisah Mat Jenin kuat berangan-angan diceritakan pelbagai versi, tetapi semuanya berkisar kepada kisah seorang anak muda bernama Mat Jenin yang kuat berangan-angan.

Pengakhiran kisah hidupnya ditamatkan dengan kematiannya akibat kuat berangan-angan. 

Tetapi siapakah Mat Jenin sebenarnya? Benarkah wujud seorang bernama Mat Jenin dalam masyarakat Melayu di negara kita pada zaman dulu? Di kalangan pengkaji sejarah, mereka menolak kewujudan seorang bernama Mat Jenin. 

Malah cerita itu dianggap cerita saduran yang turut menjadi cerita di negara-negara lain menggunakan nama dan plot cerita berlainan, tetapi tetap berlatarbelakangkan kisah kuat berangan-angan tidak menjadi kenyataan. 

Cerita penglipurlara memang memberi keseronakan dan pengajaran kepada pendengar atau pembaca. Justeru, cerita itu terus mendapat tempat dalam masyarakat walaupun berdepan dengan medium hiburan lain khususnya televisyen dan gejet telekomunikasi.      

No comments:

Post a Comment