Friday 21 January 2022

KAMPUNG AIR NAGA, ULU KUSIAL TANAH MERAH

 
Salah satu kampung terletak di pedalaman jajahan Tanah Merah ialah Kampung Air Naga, Ulu Kursia yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Tanah Merah.

Biarpun terletak jauh, untuk ke Kampung Air Naga tidak sukar kerana di hubungi dengan jalan raya. Ia sering menjadi laluan pengayuh basikal jarak jauh.

Suasana kampung yang aman dihiasi dengan pemandangan bukit bukau dan sawah serta kebun buah-buahan.

Salah satu tarikan di Kampung Air Naga ialah Jeram Perkasam. Lokasi ini menjadi pilihan mereka yang ingin suasana damai dan tenang alam semula jadi.

Aktiviti keagamaan melibatkan penduduk setempat dilakukan di Masjid Mukim Ulu Bertam yang luas dan selesa.



No comments:

Post a Comment