Saturday, 24 July 2021

CARA TANAM KACANG ITIK

 
Jika ingin menanam kacang yang mudah tumbuh dan tidak memerlukan banyak penjagaan, tanamlah pokok kacang itik.

Pokok kacang itik memang mudah tumbuh dan membesar. Campakkan ke mana sahaja biji benih ke kawasan yang lembab dan menerima air, tumbuhlah ia."

Kacang ini membiak dengan menggunakan biji benih. Biji benihnya seakan-akan biji kacang parang atau kacang sepat.

Benih pokok kacang itik yang timbuh akan menjalar. Pokok kacang itik akan memanjat mana-mana objek yang berada berhampiran seperti pokok yang lebih besar daripadanya dan pagar.

Jadi, jika menanam pokok kacang itik, amat perlu membuat para atau junjung supaya ia mudah menjalar dan hidup subur.

Pokok kacang itik berdaun lebar dan subur setelah dapat memanjat objek.

Untuk menggalakkan berbunga, buangkan atau kurangkan bilangan daunnya dan pangkas pucuknya agar ia bercabang dan berbunga.

Pokok kacang itik sangat produktif kerana menghasilkan buah yang sangat banyak. Sebab itu, elok dibuat para yang kukuh.

Buah kacang itik berwarna hijau ketika muda dan berubah warna menjadi kehitaman apabila sudah tua.

Biji kacang itik sesuai dimakan setelah direbus. Untuk mengeluarkan bijinya sama ada dikopek terus dari kulitnya atau direbus dengan kulit-kulit dan selepas itu baru diasingkan bijinya.

No comments:

Post a Comment