Tuesday 22 June 2021

KEBAIKAN KHASIAT HALBA

Halba antara ubatan tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. Ini membuktikan halba banyak memberi manfaat untuk kesihatan dan perubatan telah digunakan sejak zaman dahulu. 

Amalan tabib China menggunakan halba merawat masalah mati pucuk atau lemah tenaga batin.

Penyelidikan dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine, New York, berjaya menyimpulkan bahawa dengan pengambilan teh halba untuk diet boleh membantu golongan ibu dalam meningkatkan pengeluaran susu.

Kandungan magnesium dan vitamin di dalamnya juga membantu meningkatkan kualiti susu sekaligus menjaga kesihatan bayi.

Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2014, 25 orang wanita yang baru melahirkan anak meminum tiga cawan teh halba setiap hari selama 2 minggu dan menyaksikan peningkatan dalam jumlah susu pada minggu pertama. 

Penyelidikan yang diterbitkan dalam The British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa penggunaan kebaikan halba mempunyai keberkesanan dalam membantu mengurangkan tahap kolestrol.

Ia membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (buruk) dengan ketara, yang boleh menghalang pelbagai keadaan seperti aterosklerosis, serangan jantung, dan strok.

Ia adalah sumber serat yang kaya, yang menghancurkan kolesterol yang berlebihan daripada arteri dan saluran darah badan.

Dengan mengurangkan kandungan kolesterol dalam aliran darah, anda mengurangkan risiko pembentukan gumpalan darah.

Kajian perintis pada tahun 2005 telah menunjukkan bahawa penambahan biji halba dalam diet pesakit diabetes membantu menurunkan tahap glukosa darah.

Disebabkan oleh kehadiran serat semula jadi galactomannan, herba ini memperlahankan kadar di mana gula diserap ke dalam aliran darah.

Asid amino 4-hydroxy isoleucine didapati dalam rempah ini, yang mengawal pembebasan insulin.

Ini membantu mengelakkan penurunan dan kenaikan gula darah dalam kalangan pesakit kencing manis. Sebanyak 15 gram halba biasanya disyorkan untuk mengawal gula darah setiap hari.

Untuk memaksimakan penggunaan halba bagi tujuan perubatan, ia boleh dijadikan sebagai teh, yakni halba dipanaskan di dalam air dan diminum. Minum air rebusan halba dan biji halba yang telah lembut itu.

Halba juga boleh dimakan 'mentah' atau dimakan terus, tetapi sedikit keras. Halba juga boleh digoreng tanpa minyak dan disimpan untuk digunakan sedikit-sedikit dengan dicampur air panas.

Memang amat baik diamalkan pengambilan halba setiap hari atau pada masa-masa lain. Harga halba dikira agak murah dan mudah disimpan. Boleh digunakan untuk pelbagai menu masakan dan dijadikan perisa minuman.

Halba kaya dengan serat, protin, karbohidrat, zat besi, mangan dan magnesium. 

Antara manfaat mengamalkan halba ialah:
- Melancarkan haid.
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak.
- Pencuci perut.
- Menguatkan jantung.
- Menghilangkan lender tekak.
- Melegakan sakit kepala.
- Membuang angin.
- Menyembuhkan buasir.
- Senggugut.
- Merangsang rahim.
- Mengelak kegemukan.
- Mengurangkan berat badan.
- Mengawal kencing manis.
- Radang kulit dan bisul.
- Meningkatkan nafsu seksual.
- Tingkat daya kecerdasan otak.
- Tingkat daya kercergasan fizikal.
- Menambah susu badan ibu.
- Menguatkan tulang.
- Menurunkan kolestrol.

Cara pengambilan:

Teh halba:
- Dua sudu besar halba.
- Direndam dalam air panas.
- Minum air rendaman (teh halba) itu apabila sejuk.
- Boleh diulang tambah air sehingga tawar.
- Makan halba apabila telah lembut.
- Boleh juga direbus sehingga lembut dan terus makan halba bersama airnya.
 
Serbuk halba.
- Bacuh dalam air suam dan terus minum. 

Dapatkan halba secara dalam talian. Cepat mudah murah. Klik pautan di bawah

No comments:

Post a Comment