Sunday, 27 June 2021

Ismail Sabri lawat pelaksanaan vaksinasi pandu lalu ATM di Kem Lok Kawi

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melihat pelaksanaan Program Vaksinasi Pandu Lalu Tentera Darat Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah hari ini.

Program ini adalah kesinambungan berdasarkan kejayaan yang telah dicapai pada projek perintis yang dilaksanakan di Kem Perdana Sungai Besi dan seterusnya di Kem Muara Tuang, Sarawak.

Seramai 4 pegawai dan 66 petugas terlibat dalam menjayakan program tersebut yang melibatkan 636 penerima vaksin, terdiri daripada 67 anggota tentera, 439 ahli keluarga, 69 kakitangan awam KEMENTAH dan 61 orang anggota Askar Wataniah.

Keprihatinan Ismail Sabri turun padang bagi meninjau pelaksanaan sesuatu program selari dengan inspirsi mengekalkan tahap kesiagaan penugasan warga TDM di tahap tertinggi pada sebilang masa.

Kementerian Pertahanan dan ATM di bawah kepimpinan Ismail Sabri terus komited mendokong hasrat dan aspirasi kerajaan bagi mewujudkan imuniti kelompok. 

Ia diharapkan akan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 yang ditanggung oleh warga ATM, keluarga dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan (frontliners).

Kita boleh melihat betapa fokus dan tanpa mengira penat dan lelah. Tidak ada hari rehat atau bercuti walau sehari untuk Ismail Sabri.

Beliau mengorbankan masa keluarga dan anak-anak beliau semata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada tugas dan mandat rakyat.

Semoga Datuk Seri Ismail Sabri terus diberikan rahmat dan kesihatan untuk terus membela nasib rakyat.

No comments:

Post a Comment