Friday, 2 July 2021

Rakyat dekat di hati Ismail Sabri

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob sentiasa memikirkan dan bertindak atas keperluan demi rakyat dan negara. Jiwa dan tenaganya diarahkan agar sentiasa dekat dengan rakyat.

Terasa tersentuh hati dengan catatan beliau di akaun FBnya:

“Sejauh mana pandangan, yang dekat di hati tetaplah semua rakyat Malaysia.

“Sepenting mana ekonomi negara, nyawa dan keselamatan rakyat harus diutamakan.

“Kerana itu hari ini (1 Julai) saya umumkan PKPD di sebahagian mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di WPKL.

“Dengan PKPD tersebut aktiviti ekonomi tidak dibenarkan termasuk penutupan kilang-kilang.

“Saya berdoa kepada Allah SWT agar kita dapat menurunkan kadar jangkitan ini dengan segera demi rakyat dan negara kita yang tercinta.” tulis Ismail Sabri

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Pertahanan menjelaskan melalui perbincangan pelbagai agensi serta berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.

Mukim-mukim yang terlibat adalah seperti berikut:

Daerah Petaling
Mukim:
- Petaling
- Damansara
- Sg Buloh
- Bukit Raja

Daerah Hulu Langat
Mukim:
- Hulu Langat
- Ampang
- Cheras
- Kajang
- Semenyih
- Beranang

Daerah Sepang
Mukim:
- Dengkil
- Labu
- Sepang

Daerah Gombak
Mukim:
- Batu
- Rawang
- Setapak
- Hulu kelang
- Kuang
 
Daerah Kuala Langat
Mukim:
- Tanjung 12 (1)
- Tanjung 12 (2)
- Teluk Panglima Garang
- Morib
- Bandar
- Jugra
- Batu

Daerah Klang
Mukim:
- Kapar
- Klang

Daerah Kuala Selangor
Mukim:
- Ijok
- Bestari Jaya
- Jeram

Daerah Hulu Selangor
Mukim:
- Serendah
- Rasa
- Ulu Yam
- Batang Kali

Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
- Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
- Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
- Kampung Padang Balang
- Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
- Flat Sri Sabah
- Kampung Puah
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
- Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
- Kampung Batu Muda
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
- Bandar Baru Sentul
- Taman Ikan Emas

No comments:

Post a Comment