Kisah
seorang veteran tentera tinggal di bawah jejambat Jalan Loke Yew 6, Kuala
Lumpur bersama isteri dan lima orang anak mendapat perhatian umum.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini berkesempatan melawat veteran berkenaan yang kini ditempatkan sementera di rumah transit di Flat Sri Johor.
Dalam kunjungan tersebut, Ismail Sabri yang prihatin tentang nasib veteran tentera menyatakan bantuan akan disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bagi memastikan nasib Suria Mohamad Hassan terbela.
Suria dan isteri, Azariyah Abd Aziz, 43, dan lima anaknya yang berusia tiga hingga 14 tahun menghuni 'rumah' usang sempit berdindingkan papan lapis dan tanpa bumbung di bawah jejambat terbabit kerana tidak mampu menyewa rumah yang lebih sempurna sejak November 2019 setelah hilang pekerjaan akibat wabak Covid-19.
Isteri pertama Suria tinggal di rumah pangsa, Cheras berstatus pemilikan sendiri dan mempunyai dua anak yang telah bekerja.
No comments:
Post a Comment