UMNO
tidak pernah menjalin kerjasama politik dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu).
Kerjasama sehingga tertubuhnya kerajaan gabungan Perikatan Nasional
(PN) adalah atas dasar sokongan Ahli Parlimen UMNO/BN kepada individu
dicalonkan menjadi Perdana Menteri sehingga diangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin ke
jawatan tersebut.
Jadi,
tidak timbul UMNO menyokong atau berkerjasama dengan Bersatu. Sokongan Ahli
Parlimen UMNO/BN adalah kepada Muhyiddin untuk menjadi PM. Ia bukan sokongan
UMNO kepada Bersatu.
Jadi,
apabila Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Ahli Parlimen
Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menarik balik sokongan
terhadap Muhyiddin, ia tidak salah pada prinsip persetujuan.
Tindakan
Jazlan dan Nazri tidak menyalahi keputusan parti, kerana menyokong atau tidak
adalah bergantung kepada Ahli Parlimen berkenaan.
Namun,
kedua-duanya terikat dengan keputusan parti secara kolektif yang tidak akan ‘menjatuhkan’
Muhyiddin sehingga Parlimen dibubarkan sepertimana yang diputuskan oleh MKT UMNO.
Sokongan
Ahli Parlimen UMNO/BN secara automati terhenti apabila Parlimen dibubarkan,
kerana ketika itu mereka tidak lagi menjadi Ahli Parlimen.
Justeru,
jika ada sebarang kemungkinan UMNO berkerjasama dengan Bersatu, itu adalah ‘permulaan’
dan bukannya ‘meneruskan’.
No comments:
Post a Comment