Friday 19 March 2021

SEDAP YANG BAHAYA

Walaupun dia tak tajam tapi sudah banyak orang terpotong kakinya kerana dia.

Walaupun tak kotor tapi berapa banyak orang yang sudah kena cuci darah kerananya.

Walaupun tak berlemak banyak tapi berapa ramai orang yang dah tersumbat salur jantung kerananya.

Teh tarik kurang manis satu!! Tapi yang datangnya manis jugak.

Manis itu sedap. Namun manis gula putih juga racun.

Dia mampu membunuh. Bukan hari ini tapi secara perlahan-lahan tanpa disedari.

No comments:

Post a Comment