Tuesday, 9 March 2021

CARA SALAH PUASKAN NAFSU

Allah mencipta manusia berpasangan, lelaki dan perempuan yang saling memerlukan antara satu sama lain bagi melengkapkan kehidupan sosial dan seksual. 

Firman Allah bermaksud: “Dan di antara tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenis kamu, agar kamu cenderung dan tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Islam menetapkan cara terbaik baik bagi lelaki dan perempuan memenuhi keperluan hidup mengikut keinginan dan keperluan mereka.   

Hubungan itu perlu dilangsungkan mengikut peraturan dan hubungan yang dibenarkan. Pematuhan peraturan ini mempunyai banyak hikmat dan membezakan antara kehidupan manusia berbanding haiwan. Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan ia perlu terjemahkan melalui cara hidup.

Islam menetapkan perkahwinan adalah hubungan yang halal bagi lelaki dan perempuan memenuhi keperluan hidup berpasangan.

Undang-undang atau peraturan berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan adalah yang tertua bagi manusia.

Banyak orang memilih jalan salah dalam memenuhi tuntutan seks. Banyak pasangan yang tidak mempunyai ikatan halal, yakni bukan suami isteri, melakukan hubungan seks tanpa merasa bersalah atau berdosa.   

Perbuatan menyamai sikap haiwan itu bukan setakat melibatkan golongan bawahan, bahkan individu yang punyai kedudukan dan terkenal. Mereka terpangaruh dengan cara atau amalan masyarakat di Barat yang berbangga memperkenalkan pasangan bersekedudukan dan menjadikan bahan seks untuk meraih populariti. 

Perbuatan zina diharamkan kerana ia perbuatan keji melanggar ketetapan agama.

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (Surah al-Israk, ayat 32).

No comments:

Post a Comment