Saturday 23 January 2021

AKIBAT BUNGKUSAN LAMBAT SAMPAI

Sekarang anak benih pokok banyak dijual melalui dalam talian. Sebab itu, banyak jenis pokok kini tersebar di seluruh negara. Macam-macam nama, bentuk, warna dan sebagainya.

Kalau beli biji benih melalui dalam talian, peratusan resiko rosak memang rendah. Masalahnya jika anak benih yang telah tumbuh. Kira nasiblah kalau menerima tidak seperti yang diharapkan.

Ini kerana kadangkala tempoh masa penghantaran mengambil masa yang lama. Memang majoriti tempoh penghantaran hanya mengambil masa sehari dan dua hari.

Masalahnya kalau sampai lebih seminggu baharu sampai. Memang nasiblah. Sudahlah duduk dalam plastik yang tiada sumber udara dan cahaya matahari, ditambah pula dengan keadaan ditindih dan panas.

Kepada yang membeli secara dalam talian anak benih, bertabahlah. Gambar dipaparkan ialah anak benih keladi hiasan. Harganya RM30. Bertabahlah.

No comments:

Post a Comment