Sebenarnya lastik telah digunakan dalam pelbagai tamaddun masyarakat seluruh dunia. Ia menjadi senjata dan peralatan untuk melontarkan sesuatu.
Tentera Raja Namrud pernah menggunakan lastik besar untuk mencampakkan Nabi Ibrahim ke dalam api. Lastik terpaksa digunakan kerana api marak amat besar yang terasa panasnya biarpun berada dalam jarak jauh.
Dalam peperangan pada zaman dahulu, lastik besar digunakan untuk melontarkan bola api ke dalam kota yang diserang. Selain bola api, batu-batu besar juga dilastik ke sasaran musuh.
Lastik boleh dianggap senjata paling lama bertahan terus digunakan sehingga sekarang untuk pelbagai tujuan. Sebab itu, ia masih ada dijual atau dihasilkan sendiri.
Antara
aktiviti dan kemahiran kanak-kanak pada masa dahulu ialah menggunakan melastik.
Melastik menggunakan lastik atau dalam dialek Kelantan dikenali bidas.
Ketika
itu, burung menjadi sasaran untuk dilastik, selain buah-buahan. Lastik juga
digunakan menghalau ayam dan itik serta ternakan lain yang makan padi dijemur
atau memasuki kawasan kebun.
Kalau
yang nakal akan melastik kepada sasaran untuk dirosakkan. Ada yang disasarkan
kepada individu yang ingin diganggu atau dicederakan.
Lastik merupakan
sejenis alat lontaran kecil yang menggunakan tangan. Bentuk paling klasik
terdiri daripada kerangka berbentuk Y atau cagak dengan dua jalur getah disambungkan
pada dua bahagian atas kerangka tersebut.
Hujung
satu lagi bagi kedua-dua jalur getah disambungkan pada kantung yang memegang
bahan lontaran. Kantung ini digenggam oleh tangan yang lebih dominan dan
ditarik ke belakang untuk menghasilkan cukup kuasa untuk lontaran (sehingga
sedepa jika dipasang dengan jalur yang cukup panjang).
Lastik
amat bergantung kepada kekenyalan bahan yang kuat, biasanya getah asli
vulkan.
Lastik
buatan sendiri biasanya menggunakan dahan pokok bercabang untuk membentuk
pemegang berbentuk "Y".
Getah untuk memberi pula menggunakan getah
gelang yang dijaling atau getah tiup tayar yang dipotong menjalur panjang.
Manakala bahagian kantung pula dalam istilah Kelantan dipanggil pelapik pula
diperbuat daripada kain tebal atau kulit kasut.
Sekarang ini mudah untuk dibeli melalui jualan secara dalam talian. Taip sahaja ‘lastik’ dan cari, akan ditemui laman web yang menjual lastik.
No comments:
Post a Comment