Kebaikan
di dunia ini dianugerahkan Allah berdasarkan apa yang diusahakan. Allah
melimpahkan rezeki tanpa membezakan jantina. Sesiapa melakukan usaha, dia
berhak memperoleh apa yang diusahakan.
Firman
Allah bermaksud: “Bagi lelaki bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan
bagi wanita juga bahagian daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah an-Nisa,
ayat 32).
Pendapat
mengatakan bahawa wanita hanya sesuai menguruskan rumahtangga berdasarkan
kepada tabie kejadian tidak tepat. Terdapat wanita yang mempunyai kemampuan
luar biasa yang dianugerahkan Allah yang tidak patut dipersia-siakan.
Ia
berkaitan dengan daya usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh sehingga
berjaya mencapai satu kedudukan yang tertinggi.
Allah
berfirman bermaksud: “Barang siapa yang beramal baik, lelaki dan wanita, sedang
dia seorang yang beriman, maka Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan
akan Kami berikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Nahl, ayat 97).
Secara
jelas membuktikan tidak halangan bagi wanita melakukan sesuatu usaha untuk
kebaikan diri sendiri dan keluarga, selagi tidak melanggar peraturan yang
ditetapkan agama. Hidup ini dibatasi dengan hukum dan peraturan selaras dengan
kedudukan sebagai khalifah dan hamba-Nya.
Tidak
dinafikan masih ada golongan yang tidak dapat menerima hakikat bahawa kaum
wanita kini sudah mampu mengatasi kemampuan lelaki. Sebab itu, ada golongan
cuba membataskan kemajuan kaum wanita dengan cara mengaitkan ia berkaitan hukum
agama.
Terdapat
dua golongan yang mengemukakan pendapat berkaitan penglibatan wanita dalam
kerjaya dan kepimpinan.
Golongan
konsevertif mengatakan haram wanita dipilih menjadi pemimpin walau dalam bidang
apa sekalipun. Kaum wanita dianggap lemah dan tidak layak memegang tugas berat
sebagai pemimpin.
Golongan
konservertif berpegang kepada hadis bermaksud: “Kaum yang melantik wanita
sebagai pemimpin pasti tidak beroleh kejayaan.”
Berdasarkan
hadis tersebut, dirumuskan wanita hanya layak diperintah oleh lelaki dan tidak
berhak langsung untuk berada di kedudukan lebih daripada lelaki.
Berlainan
pendapat golongan liberal yang mengambil kira soal kemampuan sebagai syarat
kelayakan. Jika terdapat wanita lebih mampu atau layak menjadi pemimpin,
maka harus wanita berkenaan dilantik menjadi pemimpin untuk kebaikan
semua.
Golongan
liberal mentafsir hadis di atas sebagai satu muslihat dan propaganda yang
dibuat oleh Rasulullah bertujuan menaikkan semangat tentera Islam untuk berperang menyerang kerajaan Parsi yang dipimpin oleh seorang Ratu.
No comments:
Post a Comment