Berniaga atau menjadi peniaga merupakan bidang
pekerjaan yang terbuka untuk semua. Bezanya hanya dari segi jenis, saiz dan
cara urusniaga dijalankan. Sekarang ini perniagaan di atas talian berkembang
pesat yang membuka peluang yang luas kepada sesiapa ingin menyertai dunia
perniagaan.
Bagi ibu bapa yang berniaga tidak kisahlah
secara sepenuh masa mahupun dilakukan separuh masa seperti berniaga di pasar
malam, secara atas talian dan sebagainya sepatutnya turut mengajar anak mereka
berniaga.
Penerapan ilmu atau kemahiran perniagaan
bukan sahaja sebagai persediaan awal untuk mereka terlibat dalam dunia
perniagaan, tetapi juga satu latihan untuk mahir dalam perancangan, komunikasi,
keyakinan dan disiplin diri.
Dengan kata lain, jikapun mereka tidak ingin
menjadi peniaga apabila dewasa nanti, pengalaman berniaga mempunyai banyak
kebaikan.
Kita tengok bagaimana orang Cina mengajar
anak-anak mereka berniaga. Seawal usia masih di sekolah rendah, anak-anak akan
turut serta berada di kedai atau tempat pengurusan perniagaan. Sebenarnya bukan
semua anak Cina menjadi peniaga apabila dewasa biarpun telah didedahkan dengan dunia
peniagaan.
Namun, pendedahan dalam dunia perniagaan itulah
menjadikan mereka lebih bijak dalam perancangan, komunikasi, keyakinan dan disiplin
diri dalam kerjaya lain.
Di sini disalin catatan dibuat oleh ibu tentang
pengalaman dia mendidik anak-anak kecil berniaga:
Cara ini saya baru mulakan bersama anak-anak
sejak beberapa bulan yang lepas. Suami saya baru saja membuka gerai kedua kami
untuk menjual madu lebah. Anak-anak kadang-kadang membantu suami menjaga gerai
madu lebah kami di depan rumah. Biasanya Kakak Husna (10 tahun) dan Kak Ngah
Husni (9 tahun) akan membantu kami menjual madu lebah pada hujung minggu.
Alhamdulillah, Kak Ngah dan Kakak dah mahir dengan harga madu lebah yang dijual. Walaupun ada 3 jenis madu lebah yang berbeza kami jual, mereka dapat mengenalinya dengan baik. Mereka telah diajar bagaimana untuk mengendalikan tawar menawar dalam jual beli dengan pelanggan juga.
Kadang-kadang walaupun saya juga ada di gerai, sengaja saya biarkan pelanggan kami berurusan dengan anak-anak dan saya hanya memantau mereka..terkejut juga mulanya apabila saya lihat Kak Ngah dan Kakak sangat petah bercerita kepada customer kami jenis-jenis madu yang dijual.

Dan kedua-dua anak saya ini juga semakin
bijak dalam hal tawar menawar harga dengan panduan yang diberikan dan dapat
mengira sendiri wang baki pelanggan tanpa bantuan saya.
Jika anda berniaga anak-anak juga boleh diajak membantu menguruskan hal-hal mudah berkait perniagaan anda. Contohnya..membantu membungkus, membantu mengira stok dan sebagainya yang boleh dilakukan bersama-sama mereka dengan bimbingan anda sebagai ibu bapa. Hal ini sememangnya sangat digemari anak-anak saya juga.

No comments:
Post a Comment