Friday 1 November 2019

CABARAN MENDAKI BUKIT PANAU


Memang hangat diperkatakan sekarang. Mendaki atau haiking Bukit Panau. Sesiapa yang belum lagi mendaki Bukit Panau dianggap ketinggalan atau tidak berani menyahut cabaran mendaki Bukit Panau.

Kerana telah tular mengenai mendaki Bukit Panau, ada yang tidak mahu melepaskan peluang sehingga sanggup mendukung anak haiking Bukit Panau.

Setiap pagi puncak Bukit Panau tidak sunyi lagi. Kalau masa hari cuti, di puncak Bukit Panau seakan-akan tidak mampu lagi menampung ramai sangat pendaki yang berkumpul di atas puncak untuk menikmati pemandangan indah.

Untuk mendaki Bukit Panau yang berketinggian 255 meter dari aras laut itu tidak sukar kerana terdapat trek bersimen bercampur tar yang digunakan oleh syarikat telekomunikasi untuk menyelenggara menara pemancar.

Namun, sekarang ini sudah ada laluan haiking bagi yang ingin cabaran pendakian laluan hutan.

Pendakian ke puncak Bukit Panau mengambil masa antara 30 minit sehingga sejam mengikut kelajuan dan kemampuan fizikal pendaki.

Pemandangan dari puncak Bukit Panau amat menarik dengan berlatar belakang perkampungan sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah, serta Kota Bharu dan mampu sampai ke Bachok dan Machang.

Paling menarik ialah pemandangan Sungai Kelantan yang mengalir dari selatan ke utara, selari dengan Jalan Pasir Mas -  Tanah Merah.

Mereka yang ingin mendaki Bukit Panau dinasihatkan bermula awal pagi kerana untuk mengelak panas matahari. Di puncak Bukit Panau dianggap bukit botak.

Sedikit sahaja kawasan yang ada lindungan teduh pokok. Sebab itu, berada di puncak Bukit Panau membolehkan pengunjung melihat sekeliling dengan mudah tanpa terlindung penglihatan.

No comments:

Post a Comment