Sunday, 22 July 2018

CADANGAN TUKAR BAJU PUTIH

Keputusan Kementerian Pendidikan menukar warna kasut pelajar dari putih kepada hitam disambut buat oleh ibu bapa dan pelajar sendiri. Selama ini, ibu bapa sering merungut apabila kasut putih anak mereka mudah nampak kotor dan comot. Dengan pengumuman keputusan menukar kasut putih kepada hitam bermakna satu masalah besar yang dihadapi oleh ibu-ibu kini telah selesai.

Satu lagi perubahan yang dicadangkan oleh ibu bapa ialah menukar warna baju putih kepada hitam atau warna lain yang lebih gelap. Masalahnya sama, iaitu ibu menghadapi masalah untuk mencuci baju putih anak yang cepat kotor, terutama anak lelaki yang berperwatakan lasak dan aktif. Belum masuk waktu rehat, baju putih pelajar telah bertukar warna.

Sebenarnya, masalah mudah kotor dan comot baju putih lebih serius berbanding kasut putih. Kasut putih yang nampak kotor rasanya tidak ketara sangat berbanding dengan baju putih yang mudah kelihatan.

Maka itu, jika warna kasut putih boleh ditukarkan kepada hitam, diharapkan juga Kementerian Pendidikan mempertimbangkan agar dibenarkan pelajar memakai baju hitam atau baju berwarna gelap. Sekarang ini pun pengawas sekolah dan beberapa jawatan lain di sekolah memakai baju berwarna gelap, sepertimana sudah lama pelajar tertentu dibenarkan memakai kasut berwarna hitam.

Rasanya Menteri Pendidikan tidak sukar untuk membuat keputusan untuk menukarkan baju putih pelajar kepada warna hitam atau mana-mana warna gelap yang sesuai. Mohon maklum balas dari Menteri Pendidikan dengan kadar segera. 

No comments:

Post a Comment