Istighfar bermaksud memohon keampunan
daripada Alllah. Manusia tidak bebas daripada melakukan dosa, sama ada kecil
atau besar. Cara menghapuskan dosa adalah dengan istighfar. Beristighfar
sebahagian proses bertaubat.
Banyak kebaikan beristighfar dan mengapa
perlu diamalkan. Ambil pengajaran kelebihan beristighfar dari kisah Imam
Hambali.
Imam Ahmad bin Hambal dikenal juga sebagai
Imam Hambali. Beliau penah menceritakan satu peristiwa.
Suatu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya
tidak tahu kenapa ingin sekali menuju ke satu kota di Iraq. Padahal tidak ada
janji dengan sesiapa dan tidak ada keperluan. Imam Ahmad pergi bersendirian
menuju ke kota Bashrah.
Ketika sampai di kota Bashrah, sudah masuk
waktu Isyak. Dia singgah di sebuah masjid dan bersembahyang berjamaah di masjid
itu. Hatinya berasa tenang dan kemudian ingin beristirahat. Tidak tahu arah
yang ingin ditujuinya.
Setelah ahli jemaah lain pulang, Imam Ahmad
ingin tidur di masjid, tiba-tiba penjaga masjid datang menemui Imam Ahmad.
Penjaga masjid: "Kenapa kamu di sini,
syaikh?." (kata syaikh boleh digunakan untuk 3 maksud; untuk orang tua, orang
kaya atau pun orang yang berilmu.
Imam Ahmad: "Saya ingin istirahat, saya
musafir."
Penjaga masjid: "Tidak boleh, tidak
boleh tidur di masjid."
Panggilan syaikh oleh penjaga masjid itu
bermaksud panggilan kepada orang tua, kerana penjaga masjid itu tidak mengenali
Imam Ahmad, dan tentu tidak merujuk kepada orang berilmu.
Penjaga masjid itu tidak tau yang lelaki itu
adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan dirinya. Di Iraq,
semua orang kenal siapa Imam Ahmad, seorang ulama besar dan ahli hadis. Zaman
itu tidak ada kamera yang merakam gambar gambar sehingga orang tidak tau
wajahnya, cuma namanya sahaja yang terkenal.
Imam Ahmad telah diusir oleh penjaga masjid
disuruh keluar dari masjid.
Setelah keluar masjid, dikuncinya pintu
masjid. Lalu Imam Ahmad ingin tidur di birai masjid.
Ketika sudah berbaring di birai masjid, penjaga
masjid datang lagi dan marah-marah kepada Imam Ahmad.
Penjaga masjid: "Kamu nak apa lagi
syaikh?"
Imam Ahmad: “Saya nak tidur, saya
musafir"
Penjaga masjid: “Di dalam masjid tidak boleh,
di birai masjid juga tidak boleh."
Berhampiran masjid ada penjual roti (rumah
kecil sekaligus untuk membuat dan menjual roti). Penjual roti ini sedang
membuat adunan, sambil melihat kejadian Imam Ahmad diusir oleh penjaga masjid
tadi.
Ketika Imam Ahmad sampai di jalanan, penjual
roti itu memanggil dari jauh.
Penjual roti: "Mari syaikh, anda boleh menginap
di tempat saya, saya punya tempat, meski pun kecil."
Imam Ahmad: "Baik".
Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk di
belakang penjual roti yang sedang membuat roti. Iman Ahmad tetap tidak memperkenalkan
siapa dirinya, hanya memperkenalkan diri sebagai musafir.
Penjual roti ini punya perilaku baik dan
memuliakan tetamu. Kalau Imam Ahmad mengajak bersembang, pasti dijawabnya.
Kalau tidak, dia terus membuat adunan roti sambil melafazkan istighfar,
"Astaghfirullah"
Ketika meletakkan garam, diucapkan astaghfirullah,
memecah telur, astaghfirullah, mencampur gandum astaghfirullah. Dia senantiasa
mengucapkan istighfar. Satu kebiasaan amat mulia. Imam Ahmad terus
memerhatiknnya.
Lalu imam Ahmad bertanya: "Sudah berapa
lama kamu lakukan ini?"
Penjual roti: "Sudah lama sekali syaikh,
saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya lakukan."
Imam Ahmad: "Apa hasil dari perbuatanmu
ini?"
Penjual roti: "(lantaran wasilah
istighfar) Tidak ada hajat atau keinginan yang saya minta, kecuali pasti dikabulkan
Allah. Semua yang saya minta ya Allah... pasti saya akan dapat. Semua
dikabulkan Allah kecuali satu, masih satu yang belum Allah beri."
Imam Ahmad lantas bertanya: "Apa
itu?"
Kata penjual roti: "Saya minta kepada
Allah supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad."
Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir:
"Allahu Akbar..! Allah telah mendatangkan saya jauh dari Bagdad datang ke
Bashrah dan bahkan sampai diusir oleh penjaga masjid, ternyata kerana
istighfarmu.”
Penjual roti itu terperanjat, memuji Allah,
ternyata yang di depannya adalah Imam Ahmad. Dia terus memeluk dan mencium
tangan Imam Ahmad.
(Sumber kisah: Kitab Manakib Imam Ahmad)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Siapa yang
menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua
masalah dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yang tidak
disangka-sangkanya."
No comments:
Post a Comment