Saturday 2 June 2018

MATLAMAT PRINSIP RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Sejarah Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Matlamat Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Justeru, setiap rakyat perlu menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung dalam Rukun Negara. Rakyat yang ingkar kepada kehendak Rukun Negara tidak layak menjadi warganegara Malaysia.

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

Bahagian Pertama

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-

- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
- Memelihara satu cara hidup demokratik,
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
- Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
- Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian Kedua

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-

- Kepercayaan Kepada Tuhan
- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan

Sumber : BUKU RASMI TAHUNAN: MALAYSIA 2017

No comments:

Post a Comment