Friday, 1 June 2018

Bahaya Kopi Pracampuran

Pengguna atau penggemar minuman pracampuran teruja disebabkan dijanjikan khasiat tambahan yang untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng. Peminum percaya dakwaan pengeluar sehingga sanggup minum beberapa cawan sehari.

Hakikat sebenar, kandungan yang didakwa hebat itu hanya dicampurkan dengan kuantiti yang sedikit sahaja kerana sukar diperoleh atau harga mahal. Kuantiti yang sedikit tidak memberi kesan seperti dijanjikan. Rasa hebat dan bertenaga dirasai peminum sebenarnya hasil kandungan gula yang tinggi di dalamnya, selain kesan psikoligi.

Tahukah amalan minuman 3-in-1 atau tiga dalam satu boleh mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan? Kesan buruk minum 3 dalam 1 berpunca kandungan gula yang tinggi bagi setiap uncang. Justeru, kegemaran minum 3 dalam satu perlu dikawal atau dikurangkan.

Maklumat berkaitan minuman pracampuran:
– Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
– Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
– Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
– Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
– Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
– Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi.
– Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.

No comments:

Post a Comment