Thursday 28 June 2018

CARA MENGAMBIL MADU LEBAH LIAR

Untuk mendapat madu lebah dari sarang lebah bukan mudah. Pemungut madu lebah berdapan dengan kesukaran dan resiko kena digigit lebah. 

Gigitan lebah amat berbisa dan jika digigit dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan kematian. Kadar bisa gigitan madu lebah liar di hutan lebih berbisa berbanding yang diternak.

Jadi, pemungut madu lebah perlu mencari ikhtiar atau cara selamat untuk memungut madu lebah. Antara kaedah untuk mengelak serangan lebah ialah proses memungut dilakukan pada waktu malam. Lebah tidak dapat melihat sarang yang diancam pada waktu malam. 

Namun, sebelum itu lebah perlu diperdaya meninggalkan sarang dengan cara memasang jamung atau karak api. Asap menyebabkan lebah meninggalkan sarang dan mengikut arah api. Apabila api padam, lebah tidak dapat terbang pulang ke sarang.

Sarang lebah itu tidak dibakar kerana akan merosakkan keseluruhan 'tapak' sarang lebah. Sarang lebah yang dibakar menyukarkan untuk lebah membina sarang baru di situ. 

Sebaliknya, jika masih ada tapak selepas sebahagian besar sarang dipotong untuk diambil madunya, lebah akan kembali 'menyambung' membuat sarang di tempat itu.

Namun, ada pemungut madu lebah mengambil jalan mudah dengan membakar sarang lebah untuk membunuh lebah dan mudah untuk mengambil sarang lebah yang mengandungi madu.

Selain menggungakan jamung untuk menghalau lebah dari sarang, penggunaan colok kecil yang digunakan oleh orang Cina ketika bersembahyang sebagai perasap, lebih meyakinkan kerana colok apabila terbakar, sukar terpadam dan mengeluar lebih banyak asap.

Memegang perasap dan timba untuk mengambil madu sambil memanjat agak menyukarkan juga, kerana mudah terlepas atau kita juga mungkin terjatuh dari pokok yang dipanjat itu.

Maka, cara lebih praktikal, selamat dan mudah ialah dengan memakai pakaian tebal, pakai but getah paras lutut, pakai sarung tangan kulit, pakai pemekup mata yang digunakan untuk menyelam dan pakai serkup muka. 

Pakaian itu biarpun tidak selesa, ia lebih selamat dari gigitan lebah. Pedulikan lebah yang mengamuk, sengatannya tak akan sampai ke kulit.

Selamat mencuba mana-mana cara yang diyakini sesuai.

No comments:

Post a Comment