Islam
yang datang ke sini (Tanah Malayu) adalah Islam yang berdaulat, Islam yang
memerintah bukan Islam yang diperintah. Islam yang bergerak di medan rakyat. Yang
menyelami denyut nadi kehidupan rakyat.
Rahmat
Islam yang sempurna ini telah berjaya mengIslamkan penduduk di Tanah Melayu ini
yang rata-rata menganut agama Hindu dan agama Buddha.
Mereka
tidak dipaksa untuk masuk Islam kerana tidak ada paksaan dalam agama. Melalui
pemerintahan Islam yang adil kepada seluruh rakyat, Islam yang tidak boleh
memperhambakan sesama manusia.
Pemerintah,
pemimpin negara hanyalah pemegang amanah yang wajib menyampaikan syariat Allah
yang adil sehingga ditegakkan syariat itu di atas muka bumi.
Dengan
Islam yang adil inilah tidak sampai satu abad, Islam telah berjaya menguasai
sebahagian Benua Asia, Utara Afrika, dan Selatan Eropah.
Jatuhnya
kuasa besar dunia Parsi dan Rom, pengaruh Islam masuk ke India, China, Mesir
dan lain-lain. Rakyat yang diperhambakan di zaman pemerintah berlagak menjadi
tuhan, walaupun di sana ada agama-agama sama ada Samawi, Yahudi dan Kristian,
atau tidak Samawi, Hindu Buddha dan lain-lain.
Agama
ini berkurung di kuil-kuil, pemimpin-pemimpin agama menyalahgunakan kefahaman
agama untuk memperhambakan manusia.
Pemimpin
Islam tidak gila kuasa, tetapi menanggung amanah menegakkan keadilan. Rakyat yang
menganuti pelbagai agama dinaungi dengan ketentuan hukum yang adil.
Menyedari
tingginya pekerti pemimpin Islam mendorong lebih ramai rakyat turut menganut Islam.
Inilah kekuatan pemimpin Islam berdakwah secara perbuatan. Apa yang dilakukan dinilai
oleh rakyat dan membawa kepercayaan bahawa Islam adalah agama anutan terbaik.
No comments:
Post a Comment