Tuesday, 16 January 2018

REMAJA TIDAK PEDULI MASA DEPAN

Remaja bakal pewaris kepimpinan negara. Hendak tengok negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya hari ini.

Kita berasa sedih melihat sikap dan perangai anak muda hari ini. Mereka tidak peduli tentang masa depan. Apa yang difikirkan untuk bergembira dan memenuhi nafsu muda.

Sekarang ini pengaruh media sosial amat terkesan. Macam-macam hal ditiru remaja biarpun tidak sesuai dengan kehendak agama dan norma kehidupan masyarakat timur.

Ibu bapa perlu lebih peka kepada sikap anak masing-masing. Sikap membiarkan anak bebas melakukan apa sahaja akan mengundang masalah kepada anak itu sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sikap ibu bapa yang keterlaluan membela anak sehingga tidak boleh ditegur orang lain amat tidak patut. Jika dahulu ibu bapa melenting jika ada jiran menegur anak mereka, kini semakin melarat dan melampau apabila cikgu yang melakukan tindakan tegas juga menjadi sasaran ibu bapa.

Jika cikgu dan jiran dianggap 'musuh' oleh ibu bapa, siapa lagi yang boleh mendidik anak mereka, sedangkan ibu bapa sendiri gagal melakukan tugas tersebut?

No comments:

Post a Comment