Asal
rajin dan berusaha, tentu ada jalan atau cara mencari rezeki. Apa yang penting
ada keyakinan dan melakukan apa yang sepatutnya.
Berniaga
secara kecil-kecilan pun mampu memberi pendapatan untuk memenuhi keperluan
hidup seadanya. Kena istiqamah dan berusaha melariskan jualan.
Satu
kesilapan peniaga kecil-kecilan ialah tidak istiqamah. Mereka mudah hilang
semangat untuk terus berniaga. Semangat hangat-hangat tahi ayam mudah
menyebabkan ghairah berniaga hilang.
Ini
kerana mereka tiada perancangan mengenai peluang mendapat untung. Sikap ambil
mudah untuk berniaga disebabkan menggunakan modal kecil, punca utama peniaga
kecil tidak bertahan lama.
Memenuhi
kehendak atau citar asa pelanggan amat penting, biarpun sekadar menjalankan
perniagaan secara kecil-kecilan. Sebenarnya perniagaan kecil amat penting
menjaga pelanggan kerana mengharapkan pelanggan sama, terutama berniaga di
kampung atau di tempat kurang menjadi tumpuan orang ramai.
Kalau
pelanggan berpuas hati, mereka sanggup menempuh perjalanan jauh semata-mata
ingin mendapatkan apa yang diingini daripada peniaga yang sudah biasa
dengannya.
Maka
itu, peniaga perlu bijak menarik perhatian pelanggan, terutama dari segi
kualiti atau rasa. Pelanggan sanggup bayar lebih jika apa diingini tertunai.
Contohnya,
seorang peniaga etak mampu bertahan berpuluh tahun kerana orang ramai tahu dan kenal
tentang kualiti serta rasa memikat.
No comments:
Post a Comment