Buah
anggur atau jabit dikenali buah import. Buah kegemaran ramai itu tidak ditanam
di Malaysia kerana tidak sesuai dengan cuaca hujan dan lembab. Pokok anggur
mudah rosak jika mendapat kadar hujan yang banyak.
Namun sekarang ini, siapa sangka,
anggur yang dahulunya agak mustahil ditanam di Malaysia, kini menjadi satu
tanaman komersial mahupun sekadar hobi di laman rumah.
Sebenarnya, tanaman anggur menjadi
mudah jika mempunyai pengetahuan dalam menguruskannya. Sekarang tidak sukar
untuk mempelajarinya kerana banyak panduan di internet.
Pokok anggur yang telah matang berbuah
sepanjang tahun kerana ia bukan jenis pokok bermusim. Bagaimanapun, ia berbuah
ikut peringkat atau serentak. Biasanya ia berbuah sebanyak empat 'pusingan'
setahun.
Pokok anggur yang ditanam di laman
rumah pasti mendapat perhatian ramai. Pertama kerana gugusan buahnya memang
menarik. Keduanya kerana ia mungkin kali pertama melihatnya bagi kebanyakan
orang di Malaysia.
Baka anggur sekarang ada dijual di
kebanyakan penjual anak bunga dan pengusaha anak benih anggur. Penyediaan anak
benih anggur tidak sukar kerana menggunakan keratan batang.
Memandangkan anggur 'pantang' kena
banyak hujan, perlu disediakan pondok khas untuk mengelak disirami banyak
hujan.
Pun, begitu anggur juga perlukan
cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Maka itu, penggunaan plastik lutsinar
adalah cara terbaik.
No comments:
Post a Comment