Monday, 20 November 2017

MAYAT MENGADAP KIBLAT


Kiblat ialah tempat diarahnya dada bagi setiap umat Islam dalam melakukan ibadat sembahayang.  Solat tidak sah jika dada berpaling dari arah kiblat dengan sengaja.

Pada mulanya, kiblat bagi umat Islam mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem. Namun kira-kira 16 bulan selepas Peristiwa Hijrah, kiblat diarah ke Kaabah di Makkah. 

Kaabah yang terletak di dalam Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Tak kira dari pelosok dunia mana sekalipun, solat wajib menghadap ke arah Kaabah yang berada di tengah-tengah Masjidil Haram yang dinamakan kiblat.

Firman-Nya: "Sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (Surah al-Baqarah, ayat 144).

Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Quran. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan.

Firman-Nya, "Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (Surah al-Baqarah, ayat 149)

Dalam ayat seterusnya Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (Surah al-Baqarah, ayat 150).

Apabila mengerjakan solat dalam Kaabah itu sendiri, seseorang Muslim menghadap ke arah dinding keluar semasa solat, manakala bagi berada di luar Kaabah pula, mereka boleh menghadap mana-mana arah kerana pusingan Kaabah itu 360 darjah.

Kiblat  merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, sama seperti pengikut Kristian tidak menyembah gereja atau salib.

Lokasi Kaabah (di 21° 25' 24" N, 39° 49' 24" E) boleh ditentukan secara geometri (sfera) untuk menentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini. Hanya satu kes khas wujud: apabila bersolat dalam Kaabah sendiri, seseorang Muslim menghadap ke arah dinding keluar semasa solat.

Pada masa silam, Muslim yang mengembara menggunakan astrolob untuk menentukan arah Kiblat. Pada tarikh tertentu dalam tahun apabila Matahari berada tepat di atas Kaabah, arah bayang di semua tempat akan menunjukkan dengan tepat arah Kiblat.

Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Dalam melakukan sembelihan haiwan yang halal di makan sunat menghadapkan dadanya ke arah kiblat dan direbahkan di atas bahu yang kiri.

Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat.

No comments:

Post a Comment