Monday, 20 November 2017

SEMBAHYANG TIDAK IKUT KIBLAT

Semua empat mazhab yang masyhur iaitu Hanafi, Maliki, Syafi dan Hambali bersepakat bahawa menghadap kiblat adalah syarat sah solat.

Mazhab Syafie menetapkan tiga syarat yang boleh diguna pakai bagi memenuhi syarat menghadap kiblat, iaitu solat dalam keadaan aman, jika uzur ada pembantu yang boleh membantu menentukan arah kiblat dan jika sesat masih boleh melihat matahari naik dan turunnya.

Solat tidak diwajibkan menghadap kiblat jika orang yang melakukan solat itu dalam keadaan yang sebagaimana berikut. Dengan syarat beriktikad di dalam hati pada permulaan solatnya, bahawa dia sedang menghadap ke arah kiblat.

Pertama - Uzur yang tidak boleh bergerak dan tidak ada kemudahan untuk mengarahkan wajah ke kiblat. Misalnya bagi orang yang sakit dan terlantar di katil hospital, di mana diketahui bahawa katil hospital tidak boleh dialih-alih ke arah kiblat, maka sah solat seseorang itu walau menghadap ke arah mana sekalipun.

Kedua - Solat di atas kenderaan yang sedang bergerak. Oleh kerana kenderaan yang sedang berjalan selalu berubah-ubah arahnya maka orang yang solat di atas kenderaan boleh melakukan solatnya, meskipun hanya duduk di atas tempat duduknya.

Ketiga - Solat Khauf ketika dikejar musuh atau bertempur dengan musuh. Solat khauf ialah solat di dalam keadaan kritikal seperti di dalam peperangan, dikejar musuh atau mengejar musuh. Maka solat ini wajib dilakukan dalam keadaaan apa sahaja, lebih-lebih lagi ketika waktu solat semakin habis. Solat boleh dilakukan dalam keadaan berlari, meniarap dan sebagainya tanpa ditentukan arah kiblatnya 

No comments:

Post a Comment