Monday, 29 January 2018

PIBG BINA HUBUNGAN BAIK GURU IBU BAPA

Pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa perlu mengaktifkan semaksima mungkin program yang melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Langkah berkenaan diambil bagi mewujudkan suasana kebersamaan serta kerjasama erat di antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Dengan kebersamaan itu, segala permasalahan dapat diselesaikan secara baik sekali gus mengelak berlakunya saman menyaman di antara satu sama lain.

Guru dan ibu bapa harus banyak bersabar dan perlu memahami tugas guru serta yakin dengan sistem pendidikan negara.

Ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah perlu menggunakan pendekatan bijaksana dalam menyelesaikan permasalahan yang terjadi tanpa perlu melibatkan tindakan undang-undang.

PIBG boleh memainkan peranan sebagai medium dalam mewujudkan suasana yang harmoni.

Tanpa hubungan erat antara guru dan ibu bapa, mudah timbul salah faham dan rasa curiga antara kedua-dua pihak.

Masalah hubungan yang berlaku antara guru dan ibu bapa hanya akan merugikan pelajar dan mengganggu sistem pendidik negara.

Biarpun masalah itu ditimbulkan segelintir ibu bapa sahaja, ia tetapi memberi imej tidak baik dalam soal hubungan ibu bapa dan guru.

Semoga dengan peranan aktif PIBG, segala masalah dapat diatasi dengan cara berhemah.  

No comments:

Post a Comment