D' Tahan Campsite & Outdoor merupakan tapak perkhemahan
dan aktiviti rekreasi kepada pengunjung. Menawarkan suasana kampung yang
bercirikan perkampungan tradisional Tembeling, Kuala Tahan, Pahang.
Nikmati suasana yang amat menarik, memberikan satu
pengalaman luar biasa terutama kepada mereka yang tidak pernah tinggal di
kampung atau ingin mengimbau kembali kehidupan di kampung.
Tapak perkhemahan ini menawarkan pelbagai kemudahan yang pastinya
disukai dan memudahkan pengunjung dengan bekalan elektrik sepanjang masa serta
ada disediakan plug tiga pin untuk kegunaan pengunjung. .
Tapak perkhemahan ini berpagar untuk menjamin keselamatan
pengunjungan. Mempunyai kawasan letak kenderaan yang luas. Dihubungkan dengan
jalan berturap sehingga ke tapak perkhemahan. Isyarat telekomunikasi juga
jelas.
Pengunjung juga boleh mengikuti aktiviti memancing kelah dan
menjala. Turut disediakan ialah berjalan malam di dalam hutan, hiking Bukit
Teresak, berjalan di laluan konopi dan mendapatkan khidmat bot untuk ke Lata
Berkoh.
Keindahan semula jadi bercirikan kampung menjadikan ia
dipilih menjadi lokasi penggambaran drama dan dokomentasi berasaskan kampung.
Boleh dapatkan maklumat lanjut dan terkini di FB D' Tahan
Campsite & Outdoor
No comments:
Post a Comment